Friday 5 June 2020

PENYALAHGUNAAN DADAH



    

                                                 

RUMUSAN KES

    Dadah atau dengan bahasa Inggerisnya "drug" adalah bahan atau kimia yang amat merbahaya kepada individu yang menggunakannya kerana ia mengubah cara minda dan tubuh manusia berfungsi. Menurut Kamus Dewan Bahasa-Inggeris, makna perkataan "Drug" bermaksud ubat-ubatan. Walaupun demikian, untuk memberi takrif penyalahgunaan kepada "Drug", perkataan "Use", "Misuse", atau "Abuse" perlu digunakan bersama-sama dengan perkataan "Drug". Contohnya "drug abuse" atau "misuse of drug" yang membawa maksud penyalahgunaan dadah.Dadah merupakan satu istilah khas yang merujuk kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi fizikal,mental dan emosi serta tingkah laku. akibat daripada kesan ini, Seseorang yang menyalahgunakan dadah akan menjadi ketagih dan terus bergantung hidup kepadanya.  Contoh-contoh dadah ialah syabu, ganja, heroine dan banyak lagi.

    Video di atas menceritakan tetang penangkapan seorang lelaki tempatan yang dipercayai dalang sindiket penyeludupan dadah bersama dua anaknya yang berusia 17 dan 18 tahun dalam serbuan di sekitar Bukit Aping, Kota Tinggi, Johor pada 24 april 2020 (Jumaat) . Dato Ayob Khan Mydin Pitchay yang merupakan Ketua Polis Johor berkata,dalang yang dikenali dengan panggilan Datuk Ajim merupakan seorang individu berpengaruh dalam kalangan penduduk FELDA di Kota Tinggi. Polis menemui dadah jenis syabu, heroine dan pil yaba yang dipercayai  untuk edaran di sekitar Johor dan negara jiran ketika melakukan serbuan. Dato Ayob berkata bahawa suspek utama dalam sindiket dadah ini merupakan seorang lelaki tempatan yang dikenali sebagai Datuk Ajim . Suspek dipercayai bertindak sebagai dalang utama sindiket penyeludupan dadah jenis syabu ke Indonesia. Hasil semakan pihak polis, suspek mempunyai jenayah rekod lampau melibatkan jenayah dan dadah. Menurut kata Dato Ayob, polis turut berjaya menahan enam lagi ahli sindiket warga tempatan melibatkan tiga lelaki dan tiga perempuan di sekitar daerah Kota Tinggi. Jumlah keseluruhan nilai dadah yang dirampas dan harta yang disita  bagi kedua-dua operasi sebanyak rm 475,229. Kesemua suspek kini direman sehingga satu mei bagi membantu sisatan mengikut Seksyen 29B Akta Dadah Berbahaya.

    Kesimpulannya, penyalahgunaan dadah yang berpunca daripada banyak faktor mengakibatkan pelbagai masalah sosial yang berlaku.Oleh itu, semua pihak perlulah berganding bahu dan mengatur strategi untuk mengatasi masalah ini yang juga dianggap sebagai musuh utama di negara kita.

CADANGAN SOLUSI MASALAH 

1. IBU BAPA
    
    Dalam usaha untuk membendung masalah penyalahgunaan dadah, ibu bapa memainkan peranan yang amat penting.Mereka perlu meluangkan masa secukupnya bersama anak-anak.Sikap ambil berat dan bertanggungjawab ini mampu mengelakkan remaja dan belia daripada terjerumus dengan masalan penyalahgunaan dadah.Ibu bapa perlu menyediakan segala keperluan dan pendidikan baik yang formal mahupun yang tidak formal.Anak-anak hendaklah diberikan pendidikan agama secukupnya serta diawasi setiap pergaulan dan pergerakan mereka sejak kecil lagi.

2. PIHAK SEKOLAH

    Pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah merupakan langkah awal untuk membendung penyalahgunaan dadah dalam kalangan remaja. Pendidikan pencegahan pada dasarnya bertujusn untuk mendidik di samping memberikan maklumat untuk menyedarkan remaja mengenai bahayanya penyalahgunaan dadah. Antara program yang boleh dilaksanakan ialah Program Intelek Asuhan Rohani (PINTAR). Program ini diatur untukmemberikan kesedaran kepada pelajar mengenai risiko penyalahgunaan dadah.

3. PIHAK KERAJAAN DAN BADAN BUKAN KERAJAAN

    Pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan boleh memainkan peranan mengurangkan penyalahgunaan dadah.Antaranya ialah melalui program Rakan Muda, kem motivasi dan lain-lain program yang meliputi pelbagai aktiviti. Pihak kerajaan juga boleh mengadakan kempen andi-dadah dan menyiarkannya melalui media massa.  Undang -undang dan hukuman bagi masalah penyalahgunaan dadah dan mengedar dadah hendaklah diketatkan lagi. Agensi yang ditubuhkan seperti Agensi Anti-Dadah Kebangsaan (AADK) perlu memperkemaskan jentera mereka memantau bekas penagih agar mereka tidak kembali menagih dadah kembali.

4. DIRI SENDIRI

    Kesedaran diri sendiri juga penting untuk membentuk minda yang positif agar sentiasa membuat sesuatu perkara dengan pemikiran yang rasional. Remaja kini terlalu terdedah dengan pergaulan sosial yang tidak sihat seterusnya menjerumuskan mereka ke dalam kancah penyalahgunaan dadah. Oleh sebab itu, kesedaran dalam diri amat penting. Kita perlu tahu membezakan yang baik dengan yang buruk untuk mengelakkan diri terlibat dalam penyalahgunaan dadah.



FAKTOR-FAKTOR TERJADINYA PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Kecetekan Ilmu

    Ilmu itu adalah cahaya sepertimana pesanan Imam Waqi' kepada Imam Syafie' dan begitulah realiti kehidupan ini.Seseorang yang kurang ilmu pengetahuan khususnya mengenai pengetahuan tentang dadah maka kebarangkalian bagi mereka terjatuh ke dalam kancah penagihan dadah adalah sangat besar.

2. Pengaruh Kawan

    Antara faktor yang paling popular bahkan statistik sendiri menunjukkan bahawa pengaruh kawan adalah punca utama seseorang itu terjebak dengan penyalahgunaan dadah.Begitu Ramai remaja dan belia kita yang tersalah memilih kawan dan akhirnya mereka mula terjebak dengan gejala yang tidak sihat.

3. Persekitaran Yang Tidak Sihat
    
    Persekitaran bermaksud suasana kawasan yang membentuk tabiat seseorang manusia samaada menjadi baik atau buruk.Bagi mereka yang tinggal di kawasan bandar, tumpuan anak-anak adalah sangat penting kerana jika tidak dikawal maka anak-anak ini akan mudah dipengaruhi perubahan arus keseronokan dunia.

4. Tiada Kawalan Ibu Bapa
    
    Tanpa didikan yang sempurna daripada ibubapa akan menyebabkan remaja dan belia akan mudah dipengaruhi oleh anasir-anasir yang tidak sihat.Di zaman yang semakin mencabar ini denganh kenaikan kos sara hidup telah menyebabkan ibu bapa banyak memberikan tumpuan kepada kerjaya mereka dan mengabaikan anak-anak.

5. Media Elektronik

    Media Elektronik seperti televisyen,radio,komputer,telefon mudah alih adalah menyumbang kepada peningkatan jenayah sosial yang tinggi.Pengaruh daripada filem-filem atau drama TV yang banyak menonjolkan aksi-aksi ganas dan negatif telah mendorong remaja dan belia terikut-ikut dengan adegan tersebut.Di media sosial seperti Facebook dan Instagram menjadi medan kepada peniaga-peniaga untuk menjual dadah secara atas talian.



TANDA-TANDA PENAGIHAN DADAH

Antara tanda-tanda penagihan dadah ialah:
  • Meradang tidak tentu sebab, selalu menguap dan tidak bermaya.
  • Mengelakkan diri daripada tanggungjawab.
  • Kemerosotanh paras rupa dan kebersihan diri.
  • Parut dan bekas suntikan di lengan dan dihujung jari bertukar warna akibat menghisap ganja.
  • Berdampingan dengan mereka yang diketahui menagih dadah.
  • Meminta wang secara berlebihan daripada keluarga.
  • Mencuri barang-barang yang mudah dijual.



KESAN NEGATIF PENYALAHGUNAAN DADAH

1. Kesan Kepada Penagih
  • Penagih akan menjauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih, pengedar dan penjenayah.
  • Tidak bertanggungjawab kepada persekolahan dan prestasi kerja.
  • Daya tahan penyakit akan menjadi lebih lemah dan mudah dijangkiti penyakit seperti kancing gigi dan Tibi.
2. Kesan Kepada Keluarga

  • Menjatuhkan maruah dan nama baik keluarga.
  • Membebankan keluarga penagih kerana menghabiskan masa, tenaga dan wang yang banyak untuk merawatnya.
  • Rumah tanggan menjadi porak peranda .
  • Berlaku penceraian dan keganasan rumah tangga di kalangan anggota keluarga.
  • Anak-anak menjadi terabai dan mengundang masalah sosial kepada mereka.
3. Kesan kepada masyarakat

  • Mengancam ketenteraman awam dengan kejadian jenayah seperti rompakan dan samun.
  • Perpaduan, pembangunan dan kemajuan masyarakat boleh terjejas akibat penglibatan remaja dan belia dengan dadah.
  • Persengketaan dan perselisihan antara masyarakat berlaku akibat penglibatan anggota masyarakat dengan dadah.
4. Kesan Kepada Negara

    Negara terpaksa menanggung kos yang tinggi akibat daripada masalah penyalahgunaan dadah yang 
    berterusan.
    
    Kos tersebut termasuklah:
  • Kehilangan/kerugian akibat pengurangan daya pengeluaran ekonomi.
  • kos bagi menyediakan khidmat rawatan dan pemulihan penagih dadah.
  • Kos bagi menyelenggara program-program pencegahan dan banyak lagi.


KESAN PENYALAAHGUNAAN DADAH KEPADA KESIHATAN


1. Mental Dan Emosi

  • Gila akibat halusinasi dan delusi sehingga mampu membunuh diri.
  • Gelisah, cepat marah, gementar dan kebingungan.
  • Pada dos  yang berlebihan, mampu menaikkan suhu badan ke tahap membahayakan dan boleh mengakibatkan sawan dan akhirnya maut.
  • boleh bersifat ganas.    

2. Kepala

  • Urat saraf pada otak putus hingga menyebabkan strok atau lumpuh.
  • Menggeletar dan sakit kepala.
  • Dopamine pada otak kurang aktif.

3. Fizikal

  • Berat badan menurun.
  • Pucat.
  • Badan berbau.
  • Gigi kekuningan.
  • Berparut dan luka di badan.

4. Jantung dan Salur Darah

  • Kerosakan pada jantung akibat jantung kencang.
  • Tekanan darah meningkat.
  • Saluran darah pecah akibat bahan kimia syabu menghakis dinding salur darah.
5. Perut Dan Sistem Penghadaman

  • Mengalami gangguan saluran pemakanan.
  • Mengalami kebuluran berlanjutan kerana tidak makan ketika pengambilan syabu.
  • Bahan toksi dalam dadah yang dicamput dengan bahan lain menyebabkan gangguan pada perut dan sistem penghadaman.

JENIS-JENIS DADAH


  
1. HEROINE

    Definisi
    Berasal daripada perkataan Jerman iaitu Heroish yang bermaksud kuat. Mula digunakan di Jerman        Barat dalam tahun 1898 bertujuan untuk menghilangkan kesan gejala tarikan Morfin.Dihasilkan dari     Morfin melalui proses kimia dan memberikan 20-25 kali lebih kuat dari Morfin.

2. MORFIN
        
     Definisi 
     Sejenis alkoloid yang diperolehi dari candu mentah.

  •   Morfin mentah : Didapati dalam bentuk blok yang berwarna dari putih ke coklat gelap dan            bertanda  '999' . Mengandungi 70% - 90% morfin hidroklorik dan setelah dihancurkan menjadi   serbuk putih dipanggil Heroin No 1.
  •     Bes Morfin : diperoleh secara langsung dari candu dan mengandungi peratus morfinnya 60% - 70%.Berbau seperti candu dan berupa seperti biji kopi.
    • Pil Morfin :  Mengandungi Morfin Sulffat. Berwarna putih atau coklat pucat.


    3. CANDU
       
        Definisi
        Dihasilkan daripada buah popi muda.

    • Candu Mentah : getah berwarna putih yang keluar hasil dari torehan buah popi muda.  Ia kemudiannya bertukar menjadi pekat dan berwarna coklat bila terdedah.
    • Candu Masak : Candu yang dicampurkan dengan air dan dipanaskan sehingga pekat.Berwarna coklat kehitaman.
    • Tahi Candu : Sisa bakaran atau arang candu masak yang telah dihisap.

    4. GANJA

        Definisi
        Diperoleh dari bunga dan daun pokok India Hemp, Cannabis Sativa. Mengandungi lebih dari 400         jenis bahan kimia dan THC (Delta-9 tetra hydrocannabinol ) adalah bahan proaktif utama yang            mengkhayalkan.


    5. SYABU

        Definisi
        Sejenis dadah yang berada dalam kumpulan stimulan. Dalam aspek perubatan, syabu didapati tidak        mempunyai apa-apa kegunaan perubatan. Syabu yang paling berkualiti berwarna putih kristal diikuti    dengan warna putih kemerahan dan yang paling rendah kualitinya mempunyai rasa yang pahit.


    6. ECSTACY/MDMA

        Definisi
        Juga dikenali sebagai MDMA iaitu 3-4-methylenedioxymethamphetamine. Kerap kali dicuba dan        diguna oleh muda-mudi sebagai dadah keseronokan di pusat hiburan untuk menari sepanjang malam.    MDMA juga adalah dadah psychoactive.


    7. KETAMIN

        Definisi
        Sejenis ubat bius untuk haiwan. Kebelakangan ini ketamin semakin lazim digunakan di temasya tari     menari atau raves.




    STATISTIK



    STATISTIK PENAGIH MENGIKUT STATUS KES TAHUN 2014-2018




    STATISTIK JENIS DADAH YANG DIGUNA PADA TAHUN 2014-2018






    STATISTIK SEBAB MULA GUNA DADAH PADA TAHUN 2014-2018



    PERBANDINGAN AGAMA

    1. AGAMA ISLAM

        Daripada kitab suci Al- Quran, perkataan dadah dikaitkan secara terperinci dengan perkataan "khamr" . Perkataan khamr berasal dari perkataan "yakhmur" iaitu bermaksud menutup, menyembunyi atau melindungi. Oleh itu, perkataan Khamr adalah merujuk secara meluas kepada fungsi kehidupan atau biologi sesuatu bahan yang menutup atau menghilangkan fungsi akal dan fikiran manusia. Islam melarang pengambilan dadah kerana tidak mahu umatnya terjerumus ke jalan kehidupan yang hina.
    Dalam Al-Quran banyak menyebut tentang pengharaman arak dan dalil-dalil tentang pengharaman ini adalah berdasarkan nas-nas Al-Quran dan Hadis.
        
    Bukti yang nyata ialah Allah S.W.T. telah berfirman dalam surah Al-Baqarah ayat 195 yang bermaksud:

    "Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan". Surah Al-Baqarah:195



    2. AGAMA HINDU

        Diantara falsafah dan kitab Tamil ( Kural ) ada menyebut bahawa :

    a) “ Dipisahkan daripada deria adalah mereka yang memabukkan diri (pengguna dadah), tidak ada bezanya mereka daripada yang tidur mahupun yang telah mati “.

    b) Manusia adalah makhluk berfikir, diharap dapat mengawal dan membendung segala tinndak tanduknya dengan akal fikiran dan tidak sama sekali membiarkan pemikiran menyeleweng daripada sebab-sebab memasukkan dadah ke dalam tubuh.

    c) Dhama Hindu menyatakan bahawa setiap tindakan seseorang adalah dikawal oleh Dharma atau sifat yang terpuji. Setiap perbuatan atau tingkah lsku yang salah, memberhayakan diri mereka atau orang lain dikira “ adharmic” di mana pembalasan adalah penderitaan. Oleh itu, seseorang yang menggunakan dadah adalah adharmic.

    d)Tubuh badan manusia dianggap sebagai makhluk tertinggi oleh penganut agama Hindu, tetapi kesucian ini telah dikaburi oleh kebodohan dan keangkuhan dengan mengambil dadah.
        

    3. AGAMA KRISTIAN

        
        Agama Kristian turut melarang pergunaan dadah di mana mereka telah berhujah bahawa pergunaan dadah boleh memisahkan penagih dadah daripada dunia yang sebenar. Pergunaan dadah juga akan memburukkan peribadi serta menghalang kita untuk menghadapi masalah diri dan alam persekitaraan yang kurang baik.

    “ God has invited us to shape a community of justice and love. Therefore this requires that we develop our potential as fully as possible and muster as much consciousness as we can. Choose live then, so that you and your descendants may live.” ( Deut. 30.19 )

    Maksudnya : Tuhan telah menjemput kita untuk menjadi masyarakat yang adil dan penuh dengan kasih sayang. Dengan ini, kita dikehendaki memperkembangan potensi kita sebaik mungkin dan mengerahkan sebanyak kesedaran yang boleh. Pilihlah kehidupan yang lebih bermakna supaya kita dan keturunan kita akan hidup dengan bahagia.



    SAYA JUGA TELAH MENYEDIAKAN VIDEO TEMURAMAH DENGAN BEKAS-BEKAS PENAGIH , VIDEO TENTANG JENIS-JENIS DADAH DAN VIDEO PERBANDINGAN AGAMA MENGENAI PENYALAHGUNAAN DADAH.

    GEJALA SEKS BEBAS


         Gejala seks dalam kalangan pelajar di era modenisasi ini amat membimbangkan dan semakin berleluasa. Menurut satu laporan yang dibuat mengenai fenomena remaja Malaysia dan seks telah didedahkan oleh Healthcare Malaysia Sdn Bhd yang dibuat oleh Durex pada tahun 2002 ke atas 2500 responden lelaki dan wanita yang berumur lingkungan 18–30 tahun tanpa mengira bangsa. Mendapati bahawa, remaja yang berumur lingkungan 18 hingga 24 tahun paling kerap melakukan hubungan seks dan melahirkan anak luar nikah. Purata mereka melakukan hubungan seks sebanyak 121 kali setahun atau tiga kali seminggu dan percintaan merupakan faktor utama responden melakukan seks bebas. Perkara ini bukan sahaja berlaku di negara kita Malaysia, malah masalah ini wujud di peringkat global dan menjadi cabaran dalam pembentukan ketamadunan manusia. Ketirisan nilai dan keutuhan akhlak dalam kalangan pelajar yang terlibat dengan masalah ini menjadi satu persoalan yang signifikan untuk kita fikirkan dan kupas bersama bagi mendepani cabaran era globalisasi. Sebagai contohnya isu keperawanan yang dahulunya sangat signifikan dengan masyarakat melayu sudah semakin terhakis dan tidak begitu relevan dengan fenomena pelajar atau remaja masa kini. Menurut Schutt dan Maddaleno (2003), remaja telah mengalami perubahan dari sudut psikologikal di mana wujud keinginan seksual, perasaan berahi dan tertarik kepada individu berlainan jantina. Ini mendorong mereka melakukan salah laku seks tanpa memikirkan natijahnya. Pandangan ini disokong oleh O’Sullivan et al. (2006) yang juga menyatakan pada usia awal remaja, perasaan tertarik kepada individu berlainan jantina mula tumbuh dan perasaan ini mewujudkan keinginan untuk bercinta dan berintimasi.

         Dalam petikan diatas , seorang lelaki berusia 39 tahun dari Australia disahkan terkena jangkitan sifilis pada mata selepas mengalami sakit kepala selama tiga minggu. Kesakitannya semakin teruk apabila dia menggerakkan bola mata namun penglihatannya masih normal. Menurut laporan perubatan, doktor mendapati saraf optik yang menghantar maklumat ke otak pesakit telah membengkak. Sifilis sejenis jangkitan seksual yang disebarkan daripada alat kelamin dan mampu merebak ke seluruh tubuh jika tidak dirawat. Pelbagai ujian yang telah diambil oleh lelaki itu. Kakitangan Hospital Mata Sydney berkata , jangkitan di mata hanya berlaku sekurang-kurangkan satu daripada 100 orang yang dijangkiti penyakit itu. Sifilis berpunca daripada bakteria Treponema pallidum dan biasanya disebarkan oleh seks bebas.

        Kesimpulan yang dapat dirumuskan bahawa terdapat beberapa faktor utama yang mempengaruhi pelajar-pelajar terlibat dengan salah laku seks. Adalah lebih bermakna sekiranya hasil yang dibuat ini dijadikan iktibar oleh pelajar, ibu bapa, dan guru dalam usaha untuk mengurangkan keterlibatan pelajar dalam gejala seks dan aaya berharap ini dapat menjadi bahan rujukan penting kepada kajian-kajian lanjut yang akan dilaksanakan kelak.  

     Cara Solusi Masalah

    Dalam usaha untuk membendung masalah ini dari terus berlaku dan membimbangkan masyarakat umumnya, antara beberapa cadangan khususnya kepada pelajar-pelajar, ibu bapa, dan pihak sekolah yang dikira mampu mengurangkan masalah ini.

    Pelajar 

    Seorang pelajar merupakan permata yang sangat berharga kepada negara. Pelajar atau remaja merupakan pelapis negara masa akan datang. Ketirisan dan keruntuhan nilai akhlak dalam kalangan pelajar masa kini memberi dampak yang besar kepada masa depan negara. Keruntuhan nilai akhlak di dalam sesebuah masyarakat boleh menjadi ancaman kepada kesejahteraan mental individu. Keruntuhan nilai akhlak turut menjadi punca sebenar kepada kemusnahan kerana keruntuhan nilai akhlak akan melemahkan setiap sendi sesebuah negara. Oleh yang demikian, saya dalam hal ini mencadangkan kepada setiap individu pelajar memahami nilai keagamaan dan menanamnya dalam sanubari agar pembentukan akhlak masyarakat berasaskan agama akan menjamin kualiti insan yang lebih beretika dan berakhlak tinggi. Memang kita tidak nafikan cabaran dalam membentuk nilai dan penghayatan kepada berpegang kepada nilai-nilai yang tinggi bukanlah seperti mencorak batik di kain putih, tetapi ia melibatkan kesungguhan disamping sokongan sosial yang tinggi kepada pelajar oleh golongan dewasa. Menurut Ibnu Khaldun (1995), turun naiknya sesebuah negara dan tamadun, banyak bergantung kepada sejauhmana umat itu berpegang kepada nilai-nilai yang tinggi. Pandangan ini disokong oleh seorang penyair Arab bernama Ahmad Shauki yang menyatakan: 

    “sesungguhnya sesebuah masyarakat itu akan ada selagi ada akhlaknya. Sekiranya akhlaknya tiada, masyarakat akan lenyap” 

    Ibu Bapa

    Peranan yang dimainkan oleh ibu bapa dalam membentuk sahsiah dan budi pekerti anak-anak amat ditekankan bagi membentuk generasi yang berguna dan berwawasan. Kegagalan ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan menjejaskan masa depan mereka yang boleh menyebabkan mereka terlibat dengan gejala-gejala sosial dan tidak mampu untuk membentuk diri mereka menjadi orang yang berguna dan berwawasan. Ibu bapa yang mewujudkan suasana tegang dalam perhubungan dengan anak-anak memberi kesan lansung kepada emosi remaja dan tekanan psikologikal. Oleh itu, saya mencadangkan agar ibu bapa sentiasa mewujudkan dan memberi perhatian yang khusus kepada anak-anak supaya mereka merasa lebih disayangi dan diperlukan. Ibu bapa bukan sahaja menumpukan tanggungjawab dalam memenuhi keperluan dari segi fisiologi sahaja iaitu makanan, pakaian dan tempat tinggal, malah keperluan keselamatan dan kasih sayang amat penting dalam mewujudkan suasana harmonis dan bahagia. Ini selaras dengan teori yang dikemukakan oleh Maslow (1962), dalam Teori Hirarki Keperluan Maslow yang menggariskan keperluan-keperluan hidup manusia yang bermula dari keperluan fisiologi, keselamatan, kasih sayang, penghargaan dan pencapaian hasrat kendiri. 

    Pihak sekolah

    Pihak sekolah boleh merancang langkah pencegahan dengan bekerjasama dengan masyarakat atau agensi luar dalam membendung masalah ini. Program-program sosial dalam memenuhi ruang masa pelajar agar diisi dengan perkara yang berfaedah seperti khidmat masyarakat, kem jati diri, kem kepimpinan, aktiviti sukan, kembara dan sebagainya mampu mengelak pelajar terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat. Aktiviti-aktivit kokurikulum yang mampu membentuk jati diri pelajar perlulah dirancang, disusun dan di atur oleh guru secara sistematik agar ia memberi imapak yang tinggi kepada nilai dan sahsiah pelajar yang terlibat. Kekangan dari segi dana dan masa bukanlah satu alasan yang digunakan untuk mengelak dalam melaksanakan program-program tersebut. Kerjasama dengan masyarakat dan agensi luar perlulah diperkasakan untuk memasyarakatkan sekolah itu sendiri. Program ini amat ditekankan seperti dalam anjakan yang kesembilan iaitu bekerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas dalam Plan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 hingga 2025.


          Pada zaman kini , perlakuan seks bebas merupakan sesuatu yang agak umum dikalangan masyarakat. Seks merupakan desakan reproduktif yang semula jadi bagi seseorang untuk memulakan satu keluarga dan juga tarikan seksual yang biasanya di kongsi diantara satu pasangan.

     Maksud Seks Bebas

    • Seks bebas ialah pergaulan seks tanpa mengira pasangannya. Seks bebas merupakan aktiviti yang tidak sihat kerana ianya membawa banyak implikasi yang negatif. Persoalannya , apakah yang mendorong orang ramai terjebak dalam perlakuan seks bebas ini ?



    Faktor-Faktor Berlakunya Seks Bebas

     1. Pengaruh Budaya Barat 

    • Remaja pada zaman ini berpendapat bahawa budaya barat adalah lebih canggih dan lebih moden. Oleh itu, pengaruh budaya barat yang berfikiran terbuka mendorong kepada remaja hari ini untuk menjalinkan hubungan seks bebas. Perasaan bangga terhadap kelakuan tidak bermoral ini menyebabkan mereka lupa diri dan lupa didikan agama.

    2. Kegagalan mehanan hawa nafsu 

    • Dalam ajaran Islam , bagi mereka yang tidak dapat menahan keinginan Islam menggalakkan umatnya berkahwin. 

    3. Keluarga yang bermasalah

    • Rumah tangga yang bermasalah seperti penceraian boleh mempengaruhi remaja terlibat dalam aktiviti-aktiviti yang tidak. Ibu bapa sangat penting untuk menerap dan mendidik anak-anak dari kecil. Sekiranya ada ibu bapa yang ada sikap sambil lewa terhadap pendidikan agama anak-anak, ia juga boleh jadi punca berlakunya gejala sosial ini. Ibu bapa harus meluangkan lebih masa bersama anak-anak, jadi mustahil mereka akan cari alternatif lain untuk mengisi kegersangan kasih sayang.
    • Pengaruh persekitaran sosial yang paling awal dalam kehidupan seseorang manusia adalah dari ibu bapanya sendiri. Ibu bapa berperanan penting dalam mencorak pembentukan jati diri seseorang manusia. Peranan penting ini tidak boleh diabaikan kerana kegagalan asas dalam kehidupan seorang manusia banyak bergantung kepada peranan yang dimainkan oleh ibu bapa. Sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: 
    “Tidak ada seorang bayi yang dilahirkan melainkan dilahirkan dalam keadaan fitrah (bersih dari sebarang dosa), maka kedua ibu bapanyalah yang akan menjadikan anak itu sama ada sebagai seorang Yahudi, Nasrani atau Majusi”

    4. Pengaruh Rakan Sebaya
    • Rakan sebaya merupakan faktor yang sangat mempengaruhi pelajar terlibat dengan hubungan seks. Ini dapat dilihat apabila ada yang mengakui mereka terlibat dengan masalah ini akibat dorongan dari rakan sebaya yang kebanyakan mereka juga terlibat secara langsung dengan kegiatan salah laku seks. Dapatan ini dapat dijelaskan lagi oleh kajian yang dibuat oleh Aline (1979), yang menyatakan bahawa salah satu sumber yang mempunyai pengaruh yang kuat ke atas sikap dan nilai seksual golongan muda adalah pengaruh rakan sebaya.. Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang dibuat oleh Podhista et al. (2001). Dalam kajianya, Podhista mendapati bahawa subjek yang memiliki rakan sebaya yang terlibat dengan hubungan seks, mereka lebih cenderung terlibat dalam hubungan seks sebelum kahwin berbanding subjek yang tidak memiliki rakan sebaya yang terlibat dalam hubungan seks. 
    5. Pengaruh Teknologi
    • Teknologi merupakan salah satu faktor yang sangat kuat mendorong pelajar ke arah salah laku seks. Dengan hanya menggunakan telefon pintar atau telefon bimbit yang dilengkapi dengan kemudahan akses internet pelajar boleh mengakses apa jua maklumat termasuklah bahan lucah. Bahan yang diperolehi ini sangat mudah dikongsikan dengan perisisan sistem “Bluetooth” yang sedia ada dalam sistem telefon pintar masa kini. Bahan lucah yang mudah diakses dengan menggunakan internet ini memberi kesan langsung kepada pelajar terlibat dengan salah laku seks. Keterujaan melihat bahan lucah yang sangat mudah di akses memberi dorongan yang kuat kepada peniruan tingkah laku dan menjerumuskan pelajar melakukan sesuatu di luar batasan.
                                   


    Kesan-Kesan Berlakunya Seks Bebas

     1. Pengguguran dan pembuangan bayi 

    • Pengguguran menyebabkan kesihatan wanita terjejas dan berkemungkinan besar akan menghadapi masalah-masalah seperti mandul, jangkitan pada organ pembiakan dan kematian. Pengguguran juga boleh menyebabkan gangguan mental dan emosi seperti kemurungan, perasaan rasa bersalah dan tidak yakin pada diri.

    2. Penyakit jangkitan seksual

    • Penyakit jangkitan seksual atau dikenali sebagai STD ( sexually transmitted disease ) dan penyakit ini berjangkit melalui seks bebas. Lebih kurang 20 jenis penyakit daripada kumpulan ini yang sudah dikenal pasti antaranya ialah syphilisgonorrheabacterial vaginosis dan paling bahaya ialah AIDS.                                             


    Cara-Cara Untuk Mengatasi Gejala Seks Bebas

     1. Menanam nilai-nilai murni dan penghayatan agama kepada masyarakat

    • Pegangan nilai murni dan agama yang kukuh dapat membantu masyarakat hidup dengan berhemah. Situasi ini sekali gus akan menghadirkan keinsafan lelaki untuk membela kaum hawa yang lemah. 

    2. Menyekat sumber hiburan yang berunsurkan seks dan ganas 

    • Rancangan televisyen yang mengghairahkan seperti Beast Master harus diharamkan penayangannya. Sebaliknya, rancangan-rancangan yang berbentuk ilmu dan kerohanian perlu diperbanyakkan.

             

                           

     Persamaan Antara Agama Islam dan Agama Buddha 

     1. Dari segi pengguguran 

    • Dalam agama Islam , haram hukumnya menggugurkan kandungan setelah ditiupkan ruh tanpa sebab-sebab yang dikategorikan sebagai darurat ( rujuk ;- Al-Bahr al-Raiq, 8/422; Nihayah al-Muhtaj, 8/422; Al-Insof, 1/386; Hasyiyah al-Dasuqi, 2/367.
    • Dalam agama Buddha , pengguguran dianggap satu dosa besar yang paling berat. Dosa ini akan mengakibatkan mereka jatuh ke dalam neraka wu jian. Bagi sesiapa yang terjatuh dalam neraka ini mereka mengalami derita yang paling berat dan tiada peluang untuk lahir di dunia manusia. ( rujuk ;- Majjhima Nikaya 135, Sang Buddha bersabda "seorang lelaki dan wanita yang membunuh makhluk hidup kejam dan gemar memukul serta membunuh tanpa belas kasihan kepada makhluk hidup, akibat perbuatan yang telah dilakukan umurnya tidak panjang.")


    Hukuman Berzina

    • Berzina merupakan salah satu daripada kesalahan dosa-dosa besar, Allah s.w.t melaknat ke atas orang yang melakukan zina. Di samping itu, Allah s.w.t mendatangkan azab kepada penzina bukan sahaja di akhirat bahkan sejak di dunia lagi. 

    Pesalah Zina dibahagikan kepada 2 

    • Muhson ialah penzina yang sudah berkahwin dan hukumannya direjam sehingga mati.
    • Ghairu muhson ialah penzina yang belum berkahwin dan hukumannya ialah disebat seratus kali dan dibuang daerah.

    Cara-cara untuk menjadi remaja yang berakhlak



    VIDEO PENDEK TENTANG SEKS BEBAS PADA ZAMAN NABI MUHAMMAD SAW




    Sumber Rujukan

    1. Mohd Dahlan A. Malek & Ida Shafinaz Mohamed Kamil (2005). Jenayah dan Masalah Sosial di Kalangan Remaja. Cabaran dan Realiti Dunia Cyber. Universiti Malaysia Sabah: Tidak Diterbitkan  http://eprints.ums.edu.my
    2. Selvaratnam, D., Nor Aini & Norlaila. 2010. Warga emas di Malaysia: ke arah kesejahteraan ekonomi dan sosial. Bangi: Penerbit UKM.
    3. https://www.academia.edu/23525423/Masalah_sosial_Seks_Bebas_